Monday, December 22, 2014

Zaman nakal-nakal

Hello hai holla bonjour vanekam kutokhuadan anneyeonghaseyo.
hahaha kemain banyak bahasanya.
btw, hai korang. dah lama tak hapdet blog aku ni. busy satu hal, takde ade pun iye jugak.

okey la, nak bagitau la sikit kan, pengajian aku pun dah sampai penghujung. tapi tak graduate lagi. baru je tamat blaja. belum praktikal pun lagi, tengah cuti sem kateko.
dok tengah terbaring terbongkang atas katil nie sambil ditemani hujan lebat dan suara merdu katak di luar bilik, aku nak cerita sikit la perihal aku zaman nakal-nakal dulu.
korang pun mesti ada zaman nakal-nakal kan? haaaaa.. meh aku nak cerita. meh duduk depan laptop nie berjemaah. aku jadi imamnya. eh?!

aku nie dulu masa kecikkecik memang nakal. suka berkawan dengan budak lelaki je sebabnye budak perempuan kalau tak main masak-masak, mesti main kawen-kawen. mesti engko hengat aku yg jadi pengantin pompuan kan? ahh takde maknenye. aku terlibat dalam main kawen-kawen tu sebabnye dorang nie suruh aku bersilat kt depan dorang. bersilat pun sumbang macam pendekar bujang lapok. hahaha. aku ni pun ikutkan je la. yelah kan dah namanya pun budak-budak.

lepas tu, aku takmo join dorang kawen dah, lantok ler situ kau nak duduk mcm pengantin brapa lama pun kan. aku join sepupu aku main bola kat padang. haaa.. yang ni aku tak jadi keeper k. aku main bola skali dengan dorang. bajet kengkonon mcm lelaki, nak sepak bola tersepak batu besar. haaa hamek padan dengan muka aku. suruh bersilat je takmo. nak jugak main macam jantan. dah tersepak batu tu ape lagi, melalak kuatkuat kat tengah padang orang main bola tu. semua budak situ dok gelakkan aku.

lepaih itu aku takmo main bola dah, aku ajak adik aku main kejar anak ayam pulak. haa.. kau agakagak ada tak budak pompuan yang main kejar ayam ni? hahaha...
ada.. aku la tuu.. tapi aku tak kejar mak ayam tau. eh, bukan mak ayam blakang chow kit tu tau. ni mak ayam yang kokokokok tu. aku suka aim mak ayam yg bawak anak banyakbanyak mcm ni.

                                                 
                                             nie bukan mak ayam tapi berangan nak jadi ayam.

haaa lebih kurang macam ni la gayanya. aku dengan segala hormatnya pergi kejar anak-anak ayam tu amek sekor. lepaih tu aku lari. kau gila nak tunggu situ, jap lagi mak dia serabung aku mampus.
dah dapat tu, aku bubuh anak ayam tu dalam tempurung. aku pun tak tau kenapa aku letak dia bawah tu. mungkin sebab dia bising kot. dah berapa minit cemtu dia still bising. aku tak tau mcm mana nak buat dia diam. aku amek dia guna tangan, pastu kocak-kocak dia mcm kocak botol air tu, then TERtekan perut dia. CREEETTTT!! terkeluar u'uk dia. opps! aku tak sengaja. terus anak ayam tu diam. sakit perut agaknya. hahaha. *jangan tiru aksi aku ye. naya semua anak ayam.

esoknya tu, aku tak main anak ayam dah, aku panjat pulak pokok kelapa sebab teringin nak minum air kelapa. mesti korang ingat aku terer kan. haha memang terer pun. aku panjat pun sebab aku mintak tolong dengan sepupu aku suruh amekkan buah kelapa, dia buat dhek je. aku pun nekad panjat sendiri. tanpa fikir panjang, aku pun panjat la pokok tu dengan penuh bergaya sampai ke puncak. dah petik buat, dah jatuhkan kat bawah. tiba-tiba, alamak! mcm mana nak turun? hamek, padan muka aku. masa panjat tak ingat tinggi, nak minum air kelapa punya pasal kan. bila nak turun, tengok bawah, menjerit takut. hahaha...
arwah atuk aku sampai keluar rumah la sebab dengar aku menjerit kotkot aku kena buli ke ape ke kan. dia keluar rumah je terus cari aku. atuk penyayang tau. yang aku pelik, dia tak tengok kat pokok kelapa, dia pi cari aku kat pondok sebab aku selalu duduk situ. nak tergelak pun ade aku rasa time tu. tapi fikirkan tak dapat turun, aku jerit lagi. and last, dia nmpk. dia jerit

"kau buat apa kat atas tu? turun turun."

"tak boleh turun tok, tak reti"

"habis tadi kau panjat macam mana?"

"entah la tok, tak tauuuuu...." *nangis

"haih budak nie, tunggu kau turun nanti kena kau"

dalam hati, "ahh sudah, tak memasal jap lg kne rotan."
redha je laaa..

kau tau mcm mana aku turun? atok hulur tangga kt pokok tu baru aku dapat turun. baru aku terfikir kenapa aku tak guna tangga tu untuk panjat pokok.
lahaiii bangangnya aku.

                                                
                 *mcm nie la lebih kurang. kalau dah besar pun mcm nie, memang anak dara tua la aku cter dia.

Sekian.

P/s: sebenanrnya banyak lagi cerita aku. tapi takat ni la dulu. segan nak cerita bebanyak. kang korang gelak kat aku pulak. haha














*bila HATI berkata-kata, JARI akan mula MENAIP*

0 comment: