Sunday, January 26, 2014

Cara aku menghilangkan jerawat dan parut jerawat.


Ohoooooo hoii.
ada mcm Dato' M. Daud Kilau tak? haha.
Okey laa..abaikan yg atas tu. 

Hye engkorang. sihat kah? dah lama aku tak buat entry kt blog aku nie. biasa la, busy dgn study dan assignment yang tak sudah. btw, aku dah masuk sem 5 dah belajar kt Unisel ni. sekejap je kan? InshaaAllah bulan 12/2014 ni aku bakal tamatkan zaman diploma aku. umur pun dah makin tua dah. tua kah? hehe.  

Haaa. korang mesti peningkan macam mana nak hilangkan jerawat dengan parut jerawat?
aku ada la beberapa tips nak kongsi. yang aku buat nie pun sebab aku banyak buat research kat internet, tanya doktor, tanya kawan2. semua bg feedback yang sangat membantu. 
okey, malas nak membebel panjang. yang aku share ni pun sebab aku dah pernah buat dan ia nya saaaaaaangaaaat lah berkesan. #sumpah tak tipu.


Pertama, engkorang kena banyakkan minum air kosong. 
Omputih panggil "sky juice". haha
Yang ni memang semua orang tahu lah kan? tapi setakat tahu je , tak buat tak guna jugak kan.
air kosong nie, aku suggestkan korang beli yang satu kotak tu. maksud aku air mineral yang dalam kotak tu. tak kesah la jenama apa. sea master ke, spritzer ke, sea lion ke. tak tau? alaaaaa. yang satu kotak ada 24 botol tu. cuba buat ikut step aku ye :
# setiap pagi dan malam - minum air mineral tu sebotol "one shot" maksud aku, minum sebotol tu smpai habis. buat nie masa engkorang bangun pagi dan sebelum korang tidur.





Kedua, basuh muka banyak kali.
ehh ehh, sabar sabar. tak habis naip lagi ni. maksud aku basuh muka banyak kali tu , engkorang letak muka engkorang bawah paip air tu, gosok2 la satu muka engkorang tu banyak2 kali. sampai satu tahap, engkorang rasa fresh gilerrr bila buat macam tu.

Ketiga, makan buah, sayur and kurangkan makanan berminyak.
nak makan boleh tapi dengan kuantiti yang sedikit okey. aku pun tengah mengawal pemakanan aku. setakat ni, Alhamdulillah. jerawat kurang naik.

Keempat, JANGAN picit jerawat.
Yang ni, aku tahu engkorang paaaaaling suka buat. sebab aku pun macam tu jugak. kadang2 memang dah berniat taknak usik2 jerawat tu kan. tapi bila syiokk tgk tv, mula la tangan tu asyik nak pegang muka je pastu kopek2 jerawat. tahu2 je dah berdarah. kan? eeehhh, tak baik nipu. kang tumbuh jerawat lg kang nak? haha. acah je. hee :D
Yang nie memang engkorang perlukan kesabaran yang saaaaaaaangat tinggi. yela. asal kau tgk jerawat je kau nak picit kan. so, from now on letak tangan jauh dari muka oke. aku dah berjaya atasi benda nie. tapi kadang2 tu, buat jugak. tangan aku yang duk pegang muka, bukan aku yang suruh. hahaha !

Kelima, sebelum tidur pakai la ubat hilang kan parut. 
sekarang nie berlambak produk yang boleh hilangkan parut jerawat. taaaapi. tak semuanya serasi dengan kulit kita. engkorang kena pandai pilih la. Aku ada nak suggestkan kat engkorang beberapa produk yang aku pernah pakai dan berkesan.
sebab aku punya muka ni pun mengada jugak kengkadang. aku pun dah banyak try and error jugak sebenarnya. tapi yang aku suggest ni produk yang dah buat parut aku hilang. 
Semua produk yang kita nak cuba perlukan kesabaran. engkorang ingat produk2 ni sekali kau pakai terus zassss ! hilang jerawat ke? takda produk yang macam tu k. kalau ada pun, menipu. kesan hanya akan boleh nampak dalam masa 2 minggu keatas. itupun ikut kekerapan engkorang pakai lah kan. 
Okey la, layan kan aje produk yang aku review nie ye..



Krim Anti Jerawat Safi


Yang ni sesuai untuk engkorang yang ada jerawat besar2 tu.
pakai nie boleh kecutkan semua jerawat. tapi dia pedih sikit la.
kesan : 2-3 minggu selepas penggunaan.

Ini pun okey jugak sebab aku guna.
Jerawat pun boleh kecut.
Kesan : 2 minggu selepas penggunaan.

Haaa. yang ni bukan produk k. tapi ini ubat tradisional.
sekarang aku pakai yang nie je. agak pedih la.
tapi sangat berkesan. #sumpah tak tipu.
dia matikan jerawat dan pudarkan parut.
kesan : 1 minggu selepas penggunaan.
cara pakai, boleh la tanya pakcik google kita nie ye. hehe.

Okey la. ni je yang aku boleh share setakat nie. yang aku review nie semua nya aku dah pernah try and berkesan. aku tak tipu, aku tak main2. Sila lah cuba.

SELAMAT MENCUBA ! :D




*bila HATI berkata-kata, JARI akan mula MENAIP*

0 comment: