Friday, November 9, 2012

Tazkirah Jumaat..


Salam Jumaat semua.
Pejam celik pejam celik, tak sedar yang kita nie dah berada dalam bulan terakhir Islam.
Dan apakah perubahan yang kita dah lakukan sepanjang dalam tahun ini?
Kalau ada perubahan, baguslah. tetapi alangkah ruginya hidup jika kita tidak melakukan perubahan walau sedikit pun. Berubah adalah sesuatu perkara yang dilakukan oleh seseorang iaitu dari buruk kepada baik.
senang cter, berubah dari melakukan perkara buruk kepada melakukan perkara yg baik. 

Okey.
memang ramai yang ckp, susah nak berubah.contoh macam nie.
situasi 1 : aku nie dah teruk. dah tak boleh nak berubah. kalau aku berubah, nanti kawan2 aku pulaukan aku.
situasi 2 : kau ckp senang lah. buat tgk. ingat senang ke nak berubah?
situasi 3 : aku memang nak berubah. tapi takde orang yg nak dorong dan bantu aku utk berubah.

Firstly, aku nak bgtau yang berubah memang adalah benda yang sangat susah terutama bagi orang yang telah mengamalkan cara hidup yang biasa dan telah menjadi tabiat seharian. Dan untuk seseorang itu berubah, memerlukan masa yang lama. tapi persoalannya, bilakah waktu yang sesuai utk berubah?
setahun? 2 tahun? 5 tahun? 10 tahun? atau adakah setelah roh telah dikeluarkan dari jasad? 

Mungkin tak ramai orang tahu tentang sejarah silam aku. Jujur. aku bukanlah dari kalangan orang yg baik2. Banyak benda yang telah aku teroka, banyak benda yang telah aku cuba. Tapi, aku selalu berfikir. sampai bila aku nak jadi macam nie. sampai bila aku nak terus buat benda yang teruk nie. dan bila aku terfikir saat2 kematian aku nanti. airmata aku mengalir. adakah aku sempat mengucap atau sebaliknya.

Di sini aku nak kongsi tips, macam mana nak berubah.

Pertama : Tanamkan niat. Tetapkan pendirian.
* Korang perlu tanamkan niat dalam hati untuk berubah. sebab, utk melakukan sesuatu perkara wajiblah disertai dgn niat.. innamaa'malubinniat. (tapi niat tu kenalah tetap)

Kedua : Mendekatkan diri dengan Pencipta. (ALLAH)
* Korang tau tak, waktu korang pasang niat utk berubah. Godaan syaitan makin kuat. so, korang kenelah melakukan solat 5 waktu. kalau boleh, perbanyakkan solat sunat. ye. aku tau memang susah. tapi kau wajib solat. perbanyakkan zikir dan istighfar. basahkan lidah dgn menyebut nama ALLAH. tak susah. Berdoa padaNya, semoga dipermudahkan segala urusan harian dan permudahkan perubahan yang ingin dilakukan.
InsyaALLAH, Dia akan bantu kau. 

Ketiga : Kurangkan bergaul dgn rakan2 yang kita dah tahu sifatnya.
* Korang tau tak, satu benda yang buat ramai remaja sekarang nie rosak adalah berpunca dari pengaruh kawan? ye. memang kita perlukan kawan dalam hidup nie. tapi kenelah pandai memilih. takkan korang masih nak berkawan dgn orang yang boleh memudaratkan korang kn?maksudnya, kalau korang dah tau kawan tu merokok. jgn la rapat sgt ngn dye. sbb secara tak langsung kau akan terikut2 dgn cara dia. mmg tak semua, tapi segelintirnya/kebanyakkannya mcm tu. Kalau kau susah, ada dorang tolong? kalau ada, alhamdulillah lah. tapi kebanyakkan yg aku jumpa, time kau senang dia dtg. time kau susah, dia bla mcm tu je. pastu dtg balik and buat muka innocent. Tak kawan pun takpe. tak mati pun. biarlah dorang nak pulaukan kau ke, taknak layan kau ke ape ke. tak yah peduli. sbb kt dalam kubur nanti, dorg tak leh tolong kau. kau sorang2 jugakkan? mmg susah. dan aku tahu tu. tapi kene tegas.

Keempat : selalu lah dengar ceramah2 agama.
* dengar ceramah nie adalah makanan utk rohani. kalau selama nie, kita makan utk jasmani je. kite kene jugak makan utk rohani kita. hati nie kalau tak di isi dengan benda2 ilmiah mcm nie, lama2 hati jadi mati. tu yang ada sampai halal dgn haram pun tak boleh nak bezakan. menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. korang penah dgr nie kn?

Kelima : Dorongan / bimbingan.
* Tak semua yang boleh berubah sendiri. benda nie perlu dorongan seseorang. tak kesah sesiapa pun. parent,kawan2,adik beradik. kalau yang ade GF/BF tu, mintalah dorang utk sokong perubahan kau. Untung ada GF/BF yang sentiasa beri sokongan nie. atleast kau ade pendorong. masa nie lah kau nak uji orang yang kau sayang tu care pasal kau or tak, give up dgn kau or tak. hargailah dorang yang sentiasa sokong and dorong kau. sebab tak ramai orang yang boleh buat mcm tu. ada oraang, masa kau senang, dye datang. huha huha dgn kau. time kau susah, batang hidung pun tak nampak. and yang paling sedih, dye tinggalkan kau terkontang-kanting sorang2. tak peduli pasal kau. aku adalah salah seorang drpdnya. (taknak ingat dah. tu citer lama).

Terakhir : Luangkan masa dgn yang tersayang.
* Yang nie, depend on someone. kadang2 kita busy dgn kawan2 sampai abaikan si dia. walaupun si dia cakap it's okey -> takpe -> have fun -> i'm okey. tahu tak, sebenarnya dorang kecik hati and sangat tak oke. tapi ayat tu macam pasrah je kn. cuba kalau orang yg kau sayang buat kau mcm tu, ape yang kau rasa? mesti kecik hati kan?jujur. bagi aku, masa2 nak berubah macam nie lah kau perlu luangkan masa dgn orang yang kau syg. tapi jgn lah selalu. jumpa lah seminggu skali ke, pergi makan2 ke, pergi jalan2 kat pantai ke ape ke. pergi tempat2 yang menenangkan. kalau kau rasa yang dia takkan boleh buat apa2 utk kau. kau salah. nasihat menasihati itu penting. kalau pasangan kau nasihatkn kau, hargailah. sebab nasihat tu tanda dia care pasal kau. once bila dye dah tak nasihatkan kau. dia biarkan je apa kau nak buat. masa tu mungkin hati dia dah berpaling kat org lain. (ini dah terjadi kat aku)

Okey, ini je tips yg aku dapat kongsi. tips2 di atas nie adalah berdasarkan dari pengalaman aku sendiri. inilah yang aku lakukan dulu. dan Alhamdulillah, telah berubah sikit demi sikit. aku mengaku, nak melakukan satu2 perubahan memang sgt sukar. tapi percayalah. Allah sentiasa di sisi orang yg ingin berubah. Allah tu tak mati dan takkan mati. kau kene bergantung 100% padaNya. bukan utk hari nie and time kau susah je okey. fikir kan orang2 yang menyayangi kau. Yakin boleh. InsyaALLAH.. walau ada halangan, kau tetap boleh tempuh.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubahnya ” (Surah Ar-Rad:11)






*bila HATI berkata-kata, JARI akan mula MENAIP*

0 comment: