Wednesday, November 7, 2012

Rasa ini...

Setiap hari aku teringatkan kau. Setiap hari aku fikirkan kau. Setiap hari nama kau yang selalu ku sebut.

Kau sentiasa berada di dalam doaku. Setiap janji yang kau taburkan, aku semat dalam hati. Setiap kata yang kau lafaz, aku ingat sentiasa. tapi, tahukah kau. aku terlalu rindukan kau? terlalu rindu. kadang-kadang aku terfikir, apakah kau tak rindukan aku. apakah kau masih berfikir tentang bekas kekasih mu. aku tak tahu.
mungkin aku bukanlah pilihan untuk hatimu. mungkin aku bukan seperti yang kau mahu. mungkin aku tak secantik dan selembut bekas kekasihmu. tapi aku punya hati dan perasaan. aku punya rasa. rasa untuk dibelai, diberi perhatian, diberi layanan yang istimewa. aku tahu aku tak layak mendapatkan itu.
aku mengaku. mungkin aku terlalu mengejarmu sehingga kau berasa rimas dan tidak selesa. mungkin hanya aku yang terlalu sayangkan kau. mungkin hanya aku yang selalu mengingati kau. sedangkan kau, adakah kau lakukan perkara sama seperti yang aku lakukan? hati ini sering tertanya-tanya. adakah kau sayangkan aku. adakah ucapan yang keluar dari mulutmu hanyalah kata-kata yang hanya untuk menyedapkan hati aku. aku pun tak tahu. kata-kata yang kau ucapkan tidak sama seperti apa yang kau lakukan.

aku bukanlah perempuan yang kuat. tapi dengan adanya kau di sisi sebagai teman, sedikit sebanyak memberi kekuatan pada diri aku. setiap mesej yang kau beri padaku, adalah semangat bagi aku. kekerapan kau meluangkan masa bersama kawan-kawan kau, telah membuatkan aku berkecil hati. tapi aku tak pernah bersuara kerana aku tidak mahu kau merasa tertekan. aku tidak pernah meminta untuk bertemu selalu. cukuplah dengan bertemu hanya seminggu sekali. itu sudah cukup membuatkan aku bersemangat untuk melalui hari-hari aku di sini walaupun sukar. aku perlukan kau sebagai pendamping setia aku sayang. aku tak perlukan harta, aku tak kisah tentang rupa. aku hanya perlukan sedikit perhatian daripada kau. dengan apa yang aku lalui di sini, ditambah lagi dengan ketiadaan kau sisi, sedikit sebanyak telah membuatkan semangat aku luntur. aku tidak tahu harus bercerita kepada siapa. mungkin bagi kau aku ini terlalu manja atau terlalu mengada-ngada. tapi inilah diri aku sayang. 

sekasar manapun aku, aku tetap seorang perempuan.
seteguh manapun semangat aku, aku tetap perlukan kau di sisi.

sayang, 
aku sangat perlukan kau untuk jadi teman berbicara.
aku sangat perlukan kau ketika aku sedih dan gembira.
aku sangat perlukan kau ketika aku sulit mahupun senang
aku sangat perlukan kau ketika aku kesunyian.

mungkin kau tidak nampak kasih sayang aku terhadap kau ketika ini. 
kerana mungkin kau masih sayang dan masih mengenangkan bekas kekasihmu. 
adakah bila aku dah tiada lagi di sini. tiada lagi nukilan di blog ini untuk kau,
adakah waktu itu kau mencari aku. adakah kau akan mula terasa kehilanganku.
dan mungkin waktu itu aku telah pergi jauh.
aku mohon maaf seandainya diri ini pernah berkasar ketika kita bertemu.
diri ini tidaklah seperti yang kau harapkan.
tapi aku akan cuba untuk menjadi yang terbaik selagi boleh.

aku sayangkan kau farihin.

* Luahan dari hati. Assalamualaikum..


*bila HATI berkata-kata, JARI akan mula MENAIP*

0 comment: