Monday, November 5, 2012

belajar redha



Salam Isnin semua,
semalaman aku tak tidur fikir pasal dia. dan itu adalah perkara bodoh yg aku dah buat.
malam tadi, mood makan aku terus down. aku sanggup tak makan dari petang semalam semata-mata nak tggu dia. sebab dia dah janji. mujur malam tdi, housemateku eby panggil and pujuk aku utk makan.
aku hanya diam, tak banyak cakap, duduk dalam bilik tak keluar2. aku terkejut, bila eby datang bilik then suapkan makanan ke mulut. nak taknak, terpaksa telan. 
thank you eby..

lepas scha dah takde kat sini, macam2 hal jadi kat umah nie. rumah nie dah tak bising macam dulu.
tak riuh macam dulu. semua buat hal masing2, termasuk aku. and salah sorang housemateku, aku tak tau sape. dah start merokok. 
Ya Allah, aku hanya mengucap panjang. aku takut terjebak dalam hal2 mcm nie. dengan fikiran aku yang berkecamuk sekarang nie, tak mustahil aku akan buat benda yang sama (merokok).

Redha..
hanya itu yang mampu aku katakan sekarang.
hanya perkataan itu yang buat aku rasa sedikit tenang.
aku terima dengan hati terbuka apa yang Allah rancang untuk aku.
aku redha andai dia bukan jodohku.
aku redha andai dia dah taknak kan aku.
aku redha dengan kehidupan yang aku lalui.
aku redha dengan pelbagai masalah yang aku hadapi sekarang.

Di saat nie, hanya solat 5 waktu dan al-quran sahaja yang menjadi teman setia. waktu hati aku gundah, resah, bimbang, takut. aku alunkan bacaan al-quran utk tenangkan hati aku yang resah ni. memang aku bukanlah seorang yang baik. tapi aku berusaha utk jadi sebaik mungkin. ini adalah utk kebaikan aku dan mungkin dia. 

waktu hati tengah resah, tak boleh melupakan seseorang, al-quran dan zikrullah adalah pengubatnya.
ini yang selalu aku buat ketika aku ditinggalkan oleh orang yang aku sayang waktu tu. 
memang sukar nak melupakan. tapi tetapkan hati, banyak berdoa pada Allah. Hanya Dia je yang boleh bantu. kalau ada orang lain yg tolong pun, itu hanyalah sebagai perantara. Hanya pada Allah sahaja tempat aku bercerita masalah. Aku redha dengan ketentuanMu Ya Allah.

Aku sedang belajar untuk redha dengan rencana Allah. aku tahu Dia lebih tahu isi hati aku. 
Blog ini aku jadikan tempat untuk luah segala masalah yang aku hadapi.
aku tak tahu nak bercerita pada siapa lagi. aku keseorangan, aku kesunyian.
takde sape yang pedulikan aku. selagi aku boleh pendam, aku pendam. 
masa dan usia mengajar aku dewasa, mengajar aku erti hidup, memberi aku pengalaman.
aku dah taknak berharap pada sape2 lagi. aku akan teruskan hidup aku dengan cara aku sendiri.
apa yang aku buat, itulah yang aku pilih. sama ada benda tu baik ataupun tidak, itu pilihan aku.
kalau aku buat benda yang tak elok pun, itu pilihan aku. aku taknak susahkan sape2.

S.A.B.A.R & R.E.D.H.A
inilah pegangan aku sekarang.

* okey lah. mood takda. buat kerja sume tak kena.
fever.. again.. for the 3rd time. haih..
assalamualaikum..










*bila HATI berkata-kata, JARI akan mula MENAIP*

0 comment: