Saturday, October 27, 2012

kecelaruan perasaan




Hye korang.. sihat?
aku baru je baik dari demam..
yela. sekarangkan musim tak menentu.
kejap panas, kejap hujan, kejap angin ribut.
sama macam apa yang aku lalui sekarang nie.
dihimpit macam2 masalah.

masalah roommate, group,
bergelut dgn perasaan sndiri.

roommate aku,
dah seminggu tak balik hostel.
katenye nak pegi birthday party adik bf dye.
tapi, sampai sekarang tak balik.
contact pun tak dpt. dye off kan phone.
tak lena tidur aku dibuatnye.
hanya Allah je yg tahu betapa risaunye aku
bile fikir pasal dye.
sampai aku terpaksa tipu mak dye.
aku tak nak mak dye risau bile aku ckp bnde yg betul.
"maafkan sy makcik, sy tak berniat nak buat mcm tu"

tu satu hal.
pasal assignment pulak.
lagi2 ngn budak2 group aku.
susah nak buat kerja. semuanya asyik tak tau je.
bile aku buat, dorang main phone.
cane la nak tahu mcm tu.
aku bukan jenis yang pandai mengajar org.
aku jenis ckp sekali je. (sebab tu tak layak jadi cikgu)
nak buat, buat. tak nak buat,sudah.  aku boleh buat.
aku bukan jenis yg suke bising2, paksa2 org suruh buat.
lepas nie aku taknak jdi leader lg dah.
pandai2 korang la.

ada satu hal yang aku susah nak control,
dari dulu sampai la sekarang. iaitu perasaan aku.
aku bukan lah seorang yang pemarah, apatah lagi nak berdendam.
cuma aku akan cepat terasa bila orang tarik muka ngan aku.
cakap nak taknak, layan acuh tak acuh, tinggi suara.
( banyak lg sbnrnye, tapi contoh mcm kt atas nie la )
tu adalah perkara yang mencabar perasaan aku.
contoh, BFF sendiri.
aku dapat rasa ada benda yang tak settle ngn dye lg.
i mean, ade bnda yang dye tak puas hati kat aku.
but, dye tak nak ckp. walaupun satu U, tapi jarang jumpa.
kadang2 takde masa langsung nak spend together.
yela, masing2 dah ada buah hati kan.
takpe la, ade time aku slowtalk ngn dye.
aku taknak sepanjang masa diselubungi rasa bersalah.
buat spekulasi yg mcm2.
" bantulah aku Ya Allah"

Berkaitan dgn buah hati pengarang jantung aku pulak.
jujur aku akui yang kadang2 aku cemburu bila ada orang yang lebih tahu pasal diri dia.
contoh, kakak angkat dia. cter kat aku mcm2 psl dia. yes ! i'm jelous and i admit it.
tapi, aku kena akur sbb dorang lebih kenal dia berbanding aku.
kadang2 aku tak tahu kenapa aku fikir yang bukan2 pasal dia.
mungkin kesan daripada apa yang aku lalui masa dgn ex aku dulu.
sepanjang hidup aku, selalu ditipu oleh orang yang aku sayang.
tapi bila fikir balik, takkan la sebab masa lalu aku,
aku nak judge dia sama macam ex2 aku buat kat aku.
sgt tak adil. and aku tahu yang tu.
aku tak nak hilang dia. aku sayang sgt kt dia.
aku dah janji, aku akan jdi yang terbaik untuk dia.
selagi aku mampu and selagi roh aku masih di jasad.


P/S : 
aku tak tahu apa yang aku taip nie.
merepek2 je. tapi inilah apa yang aku rasa sekarang.
bercampur campur.
senyuman yang aku ukir, gelak tawa aku,
semua tu hanya utk tutup kegusaran hati aku.
aku tak kuat. aku tak mampu nak tanggung sorang2.
mmg bg sesetengah org ckp muka aku muka takda problem.
muka orang senang hati, muka tak tension. haha
tapi, dorang tak tau apa yang aku rasa.
mmg bg sesetengah orang akan ckp, 
apa yg aku luahkan nie, small matter je.
tapi, kau tau ke ape yg aku rasa? tak kan?
so, bce je. jgn ckp pape lgsg. 

* dah, nak packing2 barang. esok pg nak balik unisel.




*bila HATI berkata-kata, JARI akan mula MENAIP*

0 comment: